Cari @ Amanz

HMD Global nampaknya ingin melancarkan sebuah peranti kelas pertengahan baru dengan memfokuskan kepada keupayaan kamera. Mengikut sebuah imej pengolokan kerangka yang tertiris ke arena web, peranti ini bakal dikenali sebagai Nokia 7.2.

Imej yang dikongsikan oleh Slashleaks ini memperlihatkan potongan pada bahagian kamera utama, dengan rekaan kamera dalam bentuk membulat. Ia juga memberi gambaran dari segi port sambungan yang didatangkan, seperti sambungan USB-C di bahagian bawah, dan bicu audio 3.5mm pada bahagian atas.

Apa yang menarik, imej kerangka ini menyerupai dengan sebuah peranti Nokia yang tertiris pada awal bulan ini. Ia dikatakan akan dijana dengan cip Snapdragon 660 dan menyertakan kapasiti bateri 3500 mAh. Ia juga dijangkan hadir dengan sistem tri-kamera Carl Zeiss, melalui penyertaan sensor lebar biasa, ultra-lebar, dan sensor depth untuk fungsi penggambaran potret.

Dengan maklumat yang diketahui ini, ia mungkin akan menjadi pengganti kepada Nokia 7 Plus yang telah dilancarkan pada tahun lalu. Walau bagaimanapun, HMD Global tidak menyatakan sebarang peranti baru akan hadir dalam masa terdekat ini, sekaligus membuatkan tarikh pelancaran Nokia 7.2 ini masih misteri sehingga kini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd