Cari @ Amanz

Pasaran tablet tidak segah empat tahun yang lalu sejak peranti dengan skrin sebesar enam inci mula memasuki pasaran. Pada waktu ini iPad menjadi tablet pilihan pengguna dengan pegangan pasaran yang besar. Samsung masih lagi anda pengeluar tablet terbesar di dunia dan imej pengolokan rasmi Galaxy Tab S6 baru sahaja tertiris.

Menarik mengenai rekaan Galaxy Tab S6 ialah stylus yang melekat pada panel belakang. Besar kemungkinan ini dilakukan dengan magnet seperti yang boleh dilihat pada iPad Pro. Turut kelihatan ialah sistem dwi-kamera yang sekaligus menjadikannya tablet pertama dengan konfigurasi ini seperti yang kami laporkan minggu lalu.

Akhir sekali turut tertiris ialah rekaan papan kekunci dengan tongkat pada bahagian belakang seakan sebuah Surface. Empat buat pembesar suara yang ditala oleh pihak AKG juga dapat dilihat pada bahagian sisi tablet.

Tiada banyak maklumat lain diketahui. Sebelum ini terdapat ura-ura ia bakal dilengkapi skrin sebesar 10.5″ dan menggunakan pemproses Snapdragon 855.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd