Televisyen Pintar Honor Dijangka Akan Menjadi Terawal Menggunakan Sistem Operasi Hongmeng

Televisyen Pintar Honor Dijangka Akan Menjadi Terawal Menggunakan Sistem Operasi Hongmeng

Diterbitkan pada July 18, 2019 oleh .

Huawei telah sedia membangunkan sistem operasi mereka tersendiri sejak 2012 yang lepas. Namun, selepas Huawei dihalang aktiviti perdagangan mereka bersama syarikat Amerika Syarikat, pelbagai desas-desus dan pembangunan berkaitan dengan sistem operasi mereka mula kedengaran.

Terkini, mengikut laporan baru, sistem operasi yang dinamakan Hongmeng OS berkenaan dijangka digunakan pada televisyen pintar Honor akan datang.

Honor sebelum ini telah mengesahkan akan memperkenalkan Honor Smart Screen pada bulan Ogos kelak, dimana melaluinya ia akan menjadi hab untuk rumah – membolehkan pengguna mengawal pelbagai peranti pintar melaluinya, selain mengikuti kandungan video dengan lebih interaktif melaluinya.

Selain pada televisyen, Hongmeng juga dijangka akan dioptimasikan untuk pelbagai saiz peranti berbeza, dan dikatakan menawarkan prestasi lebih pantas berbanding sistem operasi lain di pasaran.

Hongmeng OS ini turut dijangka akan menggunakan nama lain sekiranya digunakan di luar China.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai sistem operasi generasi baru daripada pihak Huawei ini.


TIPS & ULASAN