Motosikal Harley Davidson Livewire Disahkan Dilengkapi Motor Elektrik 105 Kuasa Kuda

Motosikal Harley Davidson Livewire Disahkan Dilengkapi Motor Elektrik 105 Kuasa Kuda

Diterbitkan pada July 18, 2019 oleh .

Motosikal elektrik pertama Harley Davidson iaitu Liverwire diperlihatkan pada November tahun lalu selepas dalam pembangunan selama empat tahun. Ketika dilancarkan tidak maklumat mengenai spesifikasi motosikal dikongsi. Misteri mengenai motosikal ini terjawab selepas ianya diumumkan menerusi laman rasmi sejurus sebelum jualan dibuka.

Livewire dilengkapi motor elektrik dengan 105 kuasa kuda yang mampu menjana tork 116 Nm. Kelajuan maksimum motosikal belum lagi didedahkan tetapi menurut Harley Davidson masa diambil untuk 0-100 km/k ialah 3 saat. Dengan bateri sebesar 15.5 kWh ia mampu bergerak sejauh 235 kilometer di dalam bandar dan 113 kilometer di atas lebuhraya. Jarak perjalanan yang terhad di lebuh raya ini adalah sedikit merisaukan kerana sistem pengecasannya juga agak perlahan.

Menerusi sistem pengecasan palam rumah tahap 1, ia hanya mampu bergerak sejauh 21 kilometer untuk pengecasan selama 1 jam. Sekiranya bateri habis di atas lebuh raya, penunggang perlu menanti masa yang amat lama untuk menyambung perjalanan. Ia menyokong pengecasan tahap 3 yang mampu memberikan pengecasan sepenuhnya dalam masa hanya sejam. Namun begitu tidak banyak pengecasan tahap 3 disediakan pada waktu ini.

Livewire akan mula dijual di Amerika Syarikat tahun ini sebelum ditawarkan ke pasaran Eropah pada tahun 2020. Bagi yang berminat Harley Davidson Livewire dijual pada harga bermula $29,799 (~RM 123,000) sebuah.


TIPS & ULASAN