Asus sedia mempunyai penawaran telefon pintar memfokuskan kepada permua, dinamakan ROG Phone 2. Ia sebelum ini telah diperkatakan bakal hadir dengan cip Snapdragon 855+, selain penawaran sokongan skrin pada kadar segar semula 120Hz.
Terkini, info baru turut hadir melalui pengesahan TENAA di China, memperlihatkan Asus ROG Phone 2 bakal menyertakan bateri berkapasiti 5800mAh.
Dengan penawaran bateri bersaiz besar, ia sekaligus akan menawarkan sokongan penggunaan yang lebih lama berbanding kebiasaan. Ia juga turut dijangka menyertakan pengecas pantas 30W bersama dengannya.
Asus dijangka mengumumkan ROG Phone 2 ini secara rasminya pada minggu hadapan.