Qualcomm telah pun memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka pada minggu ini, iaitu Snapdragon 855+. Melaluinya, ia menawarkan sedikit penaik-tarafan kepada cip Snapdragon 855 sedia ada, terutamanya dari segi penawaran prestasi dan grafik.
Selari dengannya, sejumlah pengeluar telah menyatakan hasrat untuk hadir dengan peranti berasaskannya. Salah satunya adalah Black Shark.
Terbaru, pihak Xiaomi telah pun mula mengacah kehadiran Black Shark 2 Pro pada 30 Julai 2019 ini. Peranti yang sedia memfokuskan kepada sokongan permua ini dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 855+ yang terbaru.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Black Shark akan mengemaskini perkara lain pada peranti berkenaan atau hanya sekadar kemaskini spesifikasi kecil ini sahaja. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 30 Julai ini untuk melihat kejutan yang disediakan pihak Black Shark.