Apple Dilaporkan Dalam Perbincangan Mengambil-Alih Perniagaan Modem Daripada Intel

Apple Dilaporkan Dalam Perbincangan Mengambil-Alih Perniagaan Modem Daripada Intel

Diterbitkan pada July 23, 2019 oleh .

Intel sebelum ini telah pun menyatakan yang mana mereka akan keluar daripada perniagaan modem telefon pintar. Kini, selari dengannya, laporan baru hadir melalui WSJ hari ini, mengatakan Apple dalam perbincangan untuk mengambil-alih perniagaan berkenaan.

Ia dikatakan nilainya mungkin mencecah melangkaui $1 bilion.

Dengan pengambil-alihan ini, ia akan mengukuhkan lagi portfolio pihak Apple dalam arena telefon pintar, selain turut membolehkan Apple mendapatkan pelbagai tenaga kerja pakar dalam terus mengoptimasikan rekaan modem untuk peranti keluaran mereka. Pada masa yang sama, ini turut akan membolehkan Apple mendapatkan pelbagai paten yang terlibat untuk modem telefon pintar.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan perkara ini.


TIPS & ULASAN