Kemaskini iOS 12.4 Dan watchOS 5.3 Kini Boleh Dimuat Turun Mengembalikan Fungsi Walkie Talkie
July 23, 2019
Apple
Effi Saharudin
Dua minggu lalu fungsi Walkie Talkie pada Apple Watch telah digantung selepas kerentanan ditemui yang menyebabkan perbualan pengguna mungkin diintip. Pagi ini kemas kini ke iOS 12.4 dan watchOS 5.3 boleh dimuat turun pengguna peranti yang mengembalikan semula fungsi Walkie Talkie.
Sistem memindahkan data dari iPhone lama ke iPhone baharu secara nirwayar juga akhirnya diperkenalkan di samping kemas kini sekuriti terkini. Sokongan untuk HomePod kepada pengguna di Jepun dan Taiwan dan penambahbaikan panggilan FaceTime turut diberikan kepada pengguna di Pakistan. Kedua-dua kemas kini boleh dimuat turun sekarang dengan saiz 394.4 MB.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.