Cari @ Amanz

Tahun lalu fungsi Walkie Talkie diperkenalkan pada Apple Watch yang membenarkan pengguna merakamkan mesej dan menghantarnya kepada rakan mereka yang lain. Ini dilakukan menerusi dikemaskini watchOS 5. Hari ini menurut laporan TechCrunch, fungsi ini telahpun digantung selepas sebuah kerentanan sekuriti ditemui.

Apple wacthOSMenerusi kerentanan ini, pihak ketiga boleh mengintip audio dari iPhone yang ditambat pada sebuah Apple Watch tanpa kebenaran mereka. Apple segera menyahaktifkan fungsi Walkie Talkie sebagai langkah keselamatan. Mereka memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku disebabkan penggantungan perkhidmatan ini.

Walkie Talkie ialah perkhidmatan kedua dinyahaktifkan oleh Apple tahun ini kerana kerentanan sekuriti yang serius. Pada Januari lalu kerentanan pada fungsi Facetime berkumpulan menyebabkan audio dan video diaktifkan sebelum panggilan diangkat oleh penerima. Akibat dari kerentanan ini Facetime tidak lagi disokong pada iOS 12.1.3 dan ke bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd