Xiaomi Memperacahkan Black Shark 2 Pro – Membawa Rekaan Seumpama Model Sebelum Ini

Xiaomi Memperacahkan Black Shark 2 Pro – Membawa Rekaan Seumpama Model Sebelum Ini

Diterbitkan pada July 23, 2019 oleh .

Xiaomi pada tahun ini telah melancarkan Black Shark 2 dengan janaan cip Snapdragon 855. Namun dengan pengenalan Snapdragon 855+, Xiaomi ingin membawanya pada peranti permainan terbaru mereka, yang mana bakal dikenali sebagai Black Shark 2 Pro.

Xiaomi memperacahkan rekaan peranti ini melalui halaman rasmi Black Shark pada Weibo. Imej yang dikongsikan ini memperlihatkan pencahayaan LED pada belakang peranti, yang mana kelihatan hampir serupa dengan model Black Shark 2 sebelum ini.

Mengikut laporan sebelum ini, Black Shark 2 Pro bakal dijana dengan Snapdragon 855+ iaitu cip paling berkuasa untuk peranti Android tahun ini. Ia juga bakal dijana dengan memori 12GB RAM bagi membolehkan lebih banyak aplikasi dijalankan secara lancar.

Beberapa maklumat mengenai spesifikasi kamera, bateri, dan sebarang pembaharuan lain masih tidak dikongsikan oleh Xiaomi pada saat ini. Namun Xiaomi dijangka akan melancarkan Black Shark 2 Pro pada 30 Julai ini melalui sebuah acara pelancaran di China.


TIPS & ULASAN