Cari @ Amanz

Semalam Redmi telah mengacah peranti dengan peranti terbaru mereka yang akan mempunyai lensa 64 Megapixel. Lensa ini berkemungkinan adalah lensa 64MP sebenar daripada Samsung dan bukannya menggunakan teknik Pixel Binning, seperti peranti Redmi Note 7. Mengikut trend Xiaomi dan Redmi sebelum ini, rakaman gambar saiz besar ini mungkin perlu ditetapkan secara manual.

Baru-baru ini, Redmi mengacah sekali lagi peranti dengan kamera 64MP mereka. Melalui poster yang dikongsi di Weibo, peranti ini akan hadir dengan empat lensa. Tidak banyak butiran yang dikongsikan, tetapi jika kita lihat trend peranti sekarang – peranti dengan empat lensa berkemungkinan menggabungkan lensa utama, lensa ultra-lebar, lensa telefoto dan lensa kedalaman atau juga lensa makro.

Seperti biasa, untuk informasi lanjut terus ikuti Amanz dan sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd