Carian
Mod ‘Lights Out’ Twitter Untuk Android Akan Hadir Bermula September
July 25, 2019 Fahim Zahar

Pada bulan Mac Twitter telah memperkenalkan mod tema gelap baharu ‘Lights Out’. Mod ini menukarkan tema aplikasi Twitter iOS kepada warna hitam yang mana lebih baik jika dibandingkan dengan mod malam yang berwarna biru gelap. ‘Lights Out’ ini secara teori akan memberi manfaat menjimatkan bateri untuk peranti yang menggunakan skrin AMOLED dan fungsi ini dilihat hanya terhad untuk pengguna iOS sahaja.

Terkini Naib Presiden bahagian rekaan dan kajian Twitter, Dantley Davis mengicau yang ‘Lights Out’ untuk Android hanya akan hadir pada pertengahan bulan November. Oleh yang demikian, pengguna Android buat masa ini ‘tersangkut’ dengan mod malam berwarna biru gelap. Sama-sama kita nantikan kehadiran kemaskini ini beberapa bulan lagi.

Komen