Xiaomi Malaysia Mula Mengacah Kehadiran Mi Band 4

Xiaomi Malaysia Mula Mengacah Kehadiran Mi Band 4

Diterbitkan pada July 26, 2019 oleh .

Mi Band 4 adalah gelang kecergasan pintar terbaru daripada Xiaomi. Perkara baharu dengan Mi Band 4 berbanding dengan Mi Band terdahulu adalah, ia mempunyai skrin OLED berwarna dan juga mempunyai perlindungan kalis air 5ATM yang jauh lebih baik berbanding IP68.

Bulan lepas laman Shopee Xiaomi Global telah pun mula menjual pada harga RM159. Tetapi itu bukan set rasmi Xiaomi Malaysia. Hanya baru-baru ini, Xiaomi Malaysia mengacah akan kehadiran Mi Band 4 ke pasaran tempatan. Mengikut trend Xiaomi Malaysia yang kini kerap menjual harga produk mereka lebih murah berbanding harga jualan di China, harapnya Mi Band 4 akan dijual lebih murah daripada RM159.

Tiada tarikh yang diberikan, tetapi ia mungkin akan mula dijual secara terus di Shopee, Lazada atau juga Mi Store tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN