Huawei Nova 5i Pro Kini Rasmi Dengan Cip Kirin 810 Dan Empat Kamera Utama

Huawei Nova 5i Pro Kini Rasmi Dengan Cip Kirin 810 Dan Empat Kamera Utama

Diterbitkan pada July 26, 2019 oleh .

Telefon pintar Huawei Nova 5i Pro baru sahaja dilancarkan di China sebentar tadi. Ini ialah peranti yang kelak akan ditawarkan sebagai Huawei Mate 30 Lite untuk pasaran antarabangsa.

Huawei nova 5i Pro dilengkapi skrin berlubang sebesar 6.26-inci FHD+, cip HiSilicon Kirin 810, pilihan memori sehingga 8GB RAM, dan pilihan storan sehingga 256GB. Kerana penggunaan skrin LCD, peranti ini masih mengekalkan penggunaan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Untuk keupayaan kamera, ia membawa bentuk kamera berpetak seumpama Huawei Mate 20, melalui padanan sensor 48MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto sebesar 32MP. Membekalkan kuasa ialah bateri sebesar 4000 mAh yang menyokong pengecasan pantas Huawei Fast Charge 22.5W menerusi port USB-C. Turut disertakan ialah bicu audio 3.5mm.

Di China ia ditawarkan dalam tiga warna iaitu Midnight Black, Emerald Green dan Aurora. Harga jualannya pula ialah RMB 2199 (~RM1317) untuk model 6GB/128GB, RMB 2499 (~RM1496) untuk model 8GB/128GB dan RMB2799 (~RM1676) untuk model 8GB/256GB.


TIPS & ULASAN