Paparan Pintar Honor Dilengkapi Skrin 55-Inci, Dijana Cip Honghu 818 Dan Kamera Pop-Naik

Paparan Pintar Honor Dilengkapi Skrin 55-Inci, Dijana Cip Honghu 818 Dan Kamera Pop-Naik

Diterbitkan pada July 26, 2019 oleh .

Di acara Global Mobile Internet Conference (GMIC) hari ini, Honor memperlihatkan rekaan paparan pintar mereka buat pertama kali. Hanya beberapa imej acah dikongsi buat masa ini dengan pelancaran sebenar akan dilakukan pada 10 Ogos hadapan.

Dua paparan pintar Honor diumumkan satu versi biasa dan satu lagi adalah versi Pro. Ia dilengkapi skrin sebesar 55-inci dan dijana oleh cip baharu Honghu 818 yang dibangunkan oleh Huawei dengan kerjasama Baidu. Ia turut hadir dengan sebuah kamera pop-naik pada bahagian atas yang boleh digunakan untuk melakukan panggilan video. Cip audio Histen pula membolehkan ia menghasilkan kualiti audio yang baik.

Walaupun kelihatan seperti televisyen, Honor berkata paparan pintar mereka boleh melakukan lebih daripada itu dan tidak dipasarkan sebagai sekadar sebuah televisyen pintar biasa. Seperti yang diumumkan sebelum ini, ia menggunakan sistem operasi Hongmeng OS,

Cip Honghu 818 ini dikatakan mampu menyokong memainkan video sehingga 8K 30FPS atau 4K 120FPS. Rekaan menunjukkan sebuah skrin yang bukan sahaja mempunyai bezel yang nipis tetapi turut mempunyai rekaan tubuh yang nipis. Di China pra-tempahan telahpun dibuka lebih awal di beberapa laman e-dagang.



TIPS & ULASAN