Paparan Pintar Honor Akan Diperlihatkan Di Acara Huawei Developer Conference 2019

Paparan Pintar Honor Akan Diperlihatkan Di Acara Huawei Developer Conference 2019

Diterbitkan pada July 25, 2019 oleh .

Minggu lepas Honor memaklumkan yang mereka akan hadir dengan produk paparan pintar atau sebuah televisyen pintar yang lebih berinovasi. Kemudian turut kedengaran yang Hongmeng OS adalah sistem operasi untuk produk ini dan bukannya untuk telefon pintar. Selepas laporan ini tiada lagi kemaskini yang diberikan Honor sehinggalah semalam malam.

Honor memberi petanda yang produk paparan pintar mereka ini akan diperkenalkan di acara Huawei Developer Conference 2019. Huawei turut mengacah perkara yang sama dan terbitan Weibo ini dikongsi semula oleh Honor. Huawei turut akan hadir dengan produk yang sama, kerana bulan Mei lepas mereka dilaporkan akan membuat perkara yang sedemikian. Acara ini akan diadakan pada 9 Ogos 2019 sehingga 11 Ogos tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN