TM Akan Menggunakan Teknologi GigaWire Untuk Mengatasi Masalah Streamyx

TM Akan Menggunakan Teknologi GigaWire Untuk Mengatasi Masalah Streamyx

Diterbitkan pada July 27, 2019 oleh .

Telekom Malaysia hari ini telah berkongsi beberapa cadangan dalam menambah-baik pengalaman pengguna Streamyx sedia ada dalam menikmati akses internet lebih pantas.

Bercakap mengenainya, TM mengatakan kelak mereka akan menggunakan sejumlah teknologi berbeza dalam membolehkan pengguna menikmati akses internet lebih baik. Antaranya adalah dengan menggunakan teknologi fiber, nirwayar, dan juga GigaWire.

TM KhabarBaik Streamyx

TM menyasarkan peralihan ini akan dilakukan secara berperingkat bermula hari ini sehingga 2021 kelak, dan menyasarkan 70% daripada pelanggan yang menggunakan rangkaian berasaskan tembaga pada hari ini akan menikmati akses Unifi menjelang penghujung 2020 kelak.

Melalui penggunaan teknologi Giga Wire, ia merupakan salah satu evolusi teknologi yang membolehkan akses rangkaian yang lebih pantas melalui rangkaian berasaskan tembaga sedia ada. Menggunakan teknologi ini, ia menjanjikan kepantasan rangkaian mencapai sehingga 1Gbps.

Selain Telekom Malaysia, sebelum ini YTL turut telah mengumumkan akan menggunakan teknologi lebih kurang sama di Pulau Pinang, dan telah memulakan ujiannya sejak awal Julai 2019 lepas.


TIPS & ULASAN