Cari @ Amanz

OnePlus Mula Menjual OnePlus 7 Variasi 12GB RAM Di China

Link Copied!

OnePlus 7 adalah peranti yang agak baik. Ia adalah sebuah OnePlus 6T yang dinaik taraf dengan beberapa elemen daripada OnePlus 7 Pro. Sayang sekali, peranti ini hanya terhad untuk pasaran India atau China dan tidak dijual di Malaysia secara rasmi. Di Malaysia, hanya OnePlus 7 Pro sahaja yang boleh dibeli.

Kini, OnePlus China telah hadir dengan variasi baru buat OnePlus 7. Variasi ini adalah dengan memori 12GB RAM. Sebelum ini, OnePlus 7 hanya mempunyai variasi 8GB RAM sahaja. Harga jualan adalah RMB3,499, iaitu sekitar RM2100. Warna pilihan pula hanyalah Mirror Gray sahaja. Ini bermakna, set import kelak boleh dibeli tetapi dengan harga yang sedikit lebih mahal. Berkemungkinan sekitar RM2400 – RM2500.

Sebelum ini di India, OnePlus telah melancarkan warna khas untuk OnePlus 7 – iaitu Mirror Blue. Ia adalah untuk mereka yang menginginkan warna Nebula Blue seperti OnePlus 7 Pro, tetapi hanya mampu untuk membeli OnePlus 7.


Komen ()