Cari @ Amanz

Beberapa bulan lepas, kita telah mendengar akan mengenai desas-desus mengatakan ByteDance, syarikat disebalik TikTok dalam perancangan untuk membangunkan telefon pintar tersendiri. Lanjutan daripadanya, hari ini, ByteDance secara rasminya mengesahkan hal berkenaan.

Telefon pintar ini dikatakan telah dalam pembangunan sejak tujuh bulan yang lepas. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah ciri-ciri khusus yang akan hadir pada telefon berkenaan.

Sebelum ini, ByteDance telah mendapatkan sejumlah paten daripada Smartisan, salah satu pengeluar telefon pintar di China. Pembangunan telefon pintar berkenaan kini diteruskan – tetapi masih tidak diketahui lagi bilakah ia akan dilancarkan secara rasminya.

ByteDance sendiri mempunyai sejumlah aplikasi popular di China, dan juga pada peringkat global. Salah satunya adalah TikTok yang memfokuskan perkongsian video – dan menjadi salah satu aplikasi yang meningkat popular dengan pantas.

Bercakap mengenai telefon pintar yang mengkhususkan sesuatu perkhidmatan sosial, sebelum ini, Facebook pernah bekerjasama dengan pihak HTC untuk sebuah telefon dengan butan Facebook khusus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd