Cari @ Amanz

Pasaran speaker pintar kini dikuasai oleh Amazon dan Google. Menerusi speaker pintar pengguna boleh membaca emel, memberi arahan kepada peranti berhubung dan mendengar muzik dengan hanya menggunakan arahan suara. Menurut laporan The Information, Google dan Huawei telah membatalkan projek speaker pintar mereka selepas halangan perdagangan yang dikenakan oleh A.S.

Pada asalnya speaker pintar ini akan dilancarkan di acara IFA Berlin pada bulan September. Kesemua proses pembangunan telah terhenti sejak Mei apabila Huawei dilarang dari berurusniaga dengan syarikat dari A.S. Ia sepatutnya menjadi speaker pintar pertama Huawei yang menggunakan Google Assistant.

Dua tahun yang lalu speaker pintar AI Cube dilancarkan tetapi menggunakan Alexa kemudian diikuti pula oleh AI Speaker yang menggunakan sistem operasi mereka sendiri. Status projek Google-Huawei ini tidak diketahui tetapi mungkin akan bersambung sejurus selepas lesen untuk kembali berurusniaga diluluskan kerajaan A.S.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd