Redmi Akan Hadir Dengan Peranti Gaming Yang Dijana Helio G90T

Redmi Akan Hadir Dengan Peranti Gaming Yang Dijana Helio G90T

Diterbitkan pada July 31, 2019 oleh .

Semalam MediaTek telah melancarkan cip pemprosesan baharu yang memfokuskan permua, Helio G90 dan G90T. Helio G90 hadir dengan kuasa pemprosesan sepantas 2Ghz, manakala G90T pula mempunyai kepantasan pemprosesan mencapai 2.05Ghz. Kedua-duanya cip ini menggunakan grafik GPU Mali G76.

Selepas cip ini diumumkan semalam, Redmi terus mengumumkan yang mereka akan hadir dengan sebuah peranti yang dikuasakan oleh Helio G90T untuk pasaran dunia. Tiada sebarang informasi lagi bila ia akan dilancarkan atau apakah spesifikasinya, tetapi cip ini boleh dipadankan dengan memori sehingga 10GB RAM dan turut menyokong paparan HDR10.

Cip Helio G90/G90T ini boleh dikatakan adalah pesaing kepada Snapdragon 730/730G. Disebabkan Xiaomi Mi 9T sudah pun dijana dengan cip ini, ada kemungkinan peranti Redmi untuk permua ini mungkin akan ditawarkan pada harga yang lebih murah daripada RM1199.


TIPS & ULASAN