Spotify Kini Mempunyai Lebih 108 Juta Pelanggan Berbayar

Spotify Kini Mempunyai Lebih 108 Juta Pelanggan Berbayar

Diterbitkan pada Ogos 1, 2019 oleh .

Spotify hari ini telah berkongsi pengumuman penyata kewangan mereka untuk suku ketua 2019 dan mereka kini mempunyai 108 juta pelanggan berbayar Spoftify Premium. Ini adalah peningkatan sebanyak 8 juta pengguna berbanding suku sebelum ini dan peningkatan 31% berbanding suku yang sama tahun lalu (83 juta).

Mereka juga kini mempunyai 232 juta pengguna aktif bulanan berbanding 217 juta pengguna aktif bulanan pada suku yang lalu. Walaupun jumlah pengguna berbayar dan aktif bulanan meningkat, Spotify masih mencatatkan kerugian $3 juta pada suku yang lalu. Pencabar terdekat Spotify iaitu Apple Music bulan Jun lalu mempunyai 60 juta pelanggan.


TIPS & ULASAN