Cari @ Amanz

Beberapa hari yang lepas, Nubia berkongsi poster buat peranti baharu yang bakal dilancarkan bulan ini. Peranti ini adalah Nubia Z20 dan ia akan mempunyai sokongan rakaman video 8K. Baru-baru ini, peranti ini telah tersenarai dalam TENAA dan memperlihatkan rekaannya serta beberapa spesifikasi buat peranti ini.

Nubia Z20 akan mengikut trend Nubia X yang mana mempunyai dwi skrin terbina pada satu peranti. Skrin utama di hadapan adalah 6.42-inci OLED dan skrin kedua di belakang adalah 5.1-inci OLED. Menjadikan peranti ini lebih unik adalah, kedua-dua panel skrin akan mempunyai pengimbas cap jari di bawahnya. Peranti ini dilihat akan dijana Snapdragon 855 Plus dan dipadankan dengan pilihan memori 6/8/12 GB RAM dan 128/256/512 GB storan dalaman. Bateri pula adalah 3,900mAH yang mana agak kecil untuk peranti dengan dwi-skrin OLED.

This slideshow requires JavaScript.

Kamera utama peranti ini adalah tri-lensa yang menggabungkan 48MP + 16MP + 8MP. Tetapi jenis lensa masih tidak diberitahu, berkemungkinan besar ia adalah lensa biasa, lensa ultra-lebar dan lensa telefoto (atau sensor kedalaman). Sampel gambar turut dikongsi oleh Willwong Wang Hui iaitu pengasas bersama Nubia. Peranti ini akan dilancarkan pada 8 Ogos kelak, sama-sama kita nantikan informasi lanjut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd