Cari @ Amanz

Bulan Februari yang lepas pihak 9to5Google melaporkan yang aplikasi Digital Wellbeing kelak akan diintegrasikan pada Google Chrome. Akhirnya, selepas enam bulan akhirnya fungsi ini sudah boleh diuji. Aplikasi Google Chrome versi Canary kini hadir dengan Digital Wellbeing.

Fungsi yang paling menarik adalah menjeda laman web. pengguna boleh menetapkan masa (seperti jam randik) pada sesuatu laman web yang kerap dibuka. Jika sampai masa, contohnya 1 jam – Digital Wellbeing akan jeda laman web itu dan pengguna langsung tidak boleh membukanya. Disebabkan ia berada dalam Digital Wellbeing, pengguna turut boleh memantau laman web yang di kunjung dan lihat masa yang dihabiskan pada laman web tersebut.

Bagi yang ingin mengaktifkan fungsi ini, pastikan anda menjalankan Android Q terkini pada peranti Pixel anda. Kemudian pastikan anda memasang Chrome Canary dan aktifkan Chrome Flag di bawah artikel ini.

Pergi ke chrome://flags/#usage-stats

Cari dan aktifkan  “Share Usage Stats with Digital Wellbeing”

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd