Celcom Home Kini Ditawarkan Di Seluruh Malaysia – 30Mbps Untuk RM80, 100Mbps Untuk RM120

Celcom Home Kini Ditawarkan Di Seluruh Malaysia – 30Mbps Untuk RM80, 100Mbps Untuk RM120

Diterbitkan pada Ogos 1, 2019 oleh .

Celcom hari ini mengumumkan yang mana perkhidmatan internet jalur-lebar berkelajuan tinggi mereka, Celcom Home Fibre ditawarkan diseluruh Malaysia. Sebelum ini, perkhidmatan ini hanya ditawarkan terhad di Sabah, dan juga di Jasin.

Dengan penawaran ini, pengguna boleh menikmati Celcom Home Fibre pada harga RM80 untuk kelajuan 30Mbps, sementara pakej 100Mbps pula ditawarkan pada harga RM120. Ia dilihat Celcom sedikit mengurangkan kelajuan mereka berbanding sebelum ini, dimana pakej berharga RM80 ditawarkan pada kelajuan 40Mbps.

Celcom Home Fibre

Seperti biasa, pakej baru ini turut hadir dengan penawaran kuota internet tanpa had, selain panggilan pada kadar 10 sen seminit ke semua rangkaian seluruh negara.

Selain pakej berkenaan, Celcom juga turut menawarkan pakej Celcom Home Wireless yang menawarkan purata kelajuan 30Mbps pada harga bermula RM70 untuk kuota 25GB.

Celcom Home Fibre


TIPS & ULASAN