Realme telah mengumumkan bakal memperlihatkan telefon dengan kamera 64-megapixel daripada mereka pada minggu ini. Tidak ketinggalan adalah pihak Xiaomi melalui sub-jenama mereka Redmi yang turut menjadualkan acara khas memfokuskan peranti 64-megapixel pada minggu ini juga.
Redmi menjadualkan acara pada 7 Ogos 2019 ini untuk tujuan berkenaan, sehari sebelum acara yang dijadualkan oleh Realme.
Berkemungkinan besar, kita akan dapat melihat Redmi menggunakan sensor daripada pihak Samsung, iaitu sensor 64-megapixel berasaskan Tetracell – yang mana mungkin menggunakan pixel-binning untuk menghasilkan rakaman 16-megapixel yang berkualiti.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu ini untuk melihat sendiri apakah kejutan yang disediakan oleh Redmi melalui peranti terbaru mereka kelak.