Cari @ Amanz

Beberapa minggu lalu, Pulau Langkawi merupakan kawasan pertama yang menamatkan siaran analog, dan akan beralih secara penuh ke penggunaan teknologi DTTV (Digital Terrestrial Television).

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), bersama-sama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dikatakan akan mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia akan mengumumkan penutupan siaran analog televisyen kebangsaan pada hari esok di Langkawi.

Siaran Digital

Maklumat ini dapat dilihat melalui akaun Twitter Bernama yang menunjukkan sebuah infografik dimana pihak kerajaan dijangka akan membuat pengumuman tersebut pada hari esok.

Melalui gambar tersebut, RTM dan pihak kerajaan sudahpun mula proses peralihan dari sistem penyiaran analog ke digital sejak tahun 1997, sehinggalah bulan Julai tahun ini, dimana Pulau Langkawi menjadi kawasan pertama yang menggunakan sistem penyiaran digital melalui myFreeview DTT.

Infografik tersebut juga menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara ketiga yang menutup penyiaran analog ini, selepas Singapura dan Brunei yang telah melakukannya pada tahun 2017 dan Januari 2019.

Dengan penutupan siaran analog ini, terdapat kebarangkalian besar bahawa spektrum-spektrum ini akan diagihkan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi yang akan menggunakannya untuk sambungan 5G, selari dengan Pelan Gentian Optik Dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd