OnePlus 7 Dikemaskini Dengan OxygenOS 9.5.8 – Membaiki Masalah Tersentuh Dengan Sendiri

OnePlus 7 Dikemaskini Dengan OxygenOS 9.5.8 – Membaiki Masalah Tersentuh Dengan Sendiri

Diterbitkan pada Ogos 6, 2019 oleh .

Minggu lepas OnePlus 7 Pro telah menerima kemaskini tampalan sekuriti bulan Ogos. Kemaksini ini adalah amat pantas, yang mana lebih pantas daripada Google Pixel. OnePlus 7 Pro menjalankan sistem operasi Oxygen OS, iaitu berasaskan Android dan hampir dengan Android asli – dengan antaramuka ringkas tetapi banyak kemampuan pengubahsuaian.

Kali ini giliran OnePlus 7 pula. OnePlus telah mula mengedarkan kemaskini OxygenOS 9.5.8 untuk peranti ini. Dalam kemaskini ini, OnePlus telah sertakan tampalan sekuriti bulan Ogos dan juga membaiki masalah skrin tersentuh apabila membuat panggilan telefon. Lain-lain adalah kemaskini pepijat dan penambahbaikan serba sedikit buat peranti ini.

Bagi pengguna OnePlus 7 di Malaysia, anda boleh semak kemaskini di tetapan dan nantikan OTA. Cara lain adalah tunggu fail kemaskini peniuh dimuat naik di laman muat turun OnePlus.

Muat Turun Fail Kemaskini OxygenOS OnePlus 7



TIPS & ULASAN