Spotify Menguji Senarai Main Auto ‘On Repeat’ Dan ‘Repeat Rewind’

Spotify Menguji Senarai Main Auto ‘On Repeat’ Dan ‘Repeat Rewind’

Diterbitkan pada Ogos 6, 2019 oleh .

Spotify adalah perkhidmatan menstrim muzik dan podcast yang agak popular. Populariti perkhidmatan ini adalah sehinggakan ia mempunyai 108 Juta pelanggan berbayar. Spotify juga seperti Google, kerana kerap menguji pelbagai fungsi dan ciri baharu secara ujian A/B. Ujian terkini adalah dengan senarai main auto mereka.

Android Police melaporkan yang Spotify kini menguji senarai auto main baharu berjudul ‘On Repeat’ dan ‘Repeat Rewind’. Menurut mereka, senarai main ‘On Repeat’ memfokuskan muzik-muzik yang pengguna masih baru dengari. Ia menyenaraikan 30 lagu terkini yang dimainkan oeh pengguna. ‘Repeat Rewind’ pula memfokuskan muzik-muzik yang pengguna pernah mainkan beberapa bulan lalu. Jadi senarainya menyenaraikan lagu-lagu yang telah lama pengguna tidak mainkan.

Senarai main ini dilihat hanya muncul secara automatik pada beberapa pengguna sahaja. Jika anda ingin akses secara pantas, anda boleh tekan pautan di bawah – tetapi ia adalah berdasarkan senarai main oleh wakil Android Police dan bukan berdasarkan sejarah muzik yang pernah kita mainkan. Fungsi ini dijangka akan diedarkan kepada orang ramai dalam masa akan datang.

  1. On Repeat

  2. Repeat Rewind


TIPS & ULASAN