Carian
LG
LG Mengacah Pengenalan Peranti Baru Pada IFA 2019
August 7, 2019 Aman

LG boleh dikatakan agak ketinggalan dalam pemasaran telefon pintar mereka, sekaligus membuatkan kedudukan mereka dalam pegangan pasaran peranti mudah-alih merosot dari hari ke hari. Namun, ia tidak menghentikan LG untuk terus hadir dengan pelbagai penawaran baru.

LG V50

Terbaru, kini mereka telah hadir dengan video acah yang menandakan mereka bakal memperkenalkan telefon pintar baru pada IFA 2019 kelak.

Melalui apa yang diperlihatkan, ia menunjukkan sebuah peranti baru dengan rekaan dwi-skrin. Berkemungkinan ia ditawarkan dalam bentuk aksesori seumpama pada LG V50 sebelum ini.

Menariknya, kali ini ia turut memperlihatkan rekaan sebuah skrin kecil diluar yang memudahkan pengguna melihat notifikasi dan juga masa.

Info penuh mengenai peranti ini masih tidak diketahui buat masa ini. Sama-sama kita nantikan IFA 2019 pada awal September ini untuk melihat kejutan yang disediakan pihak LG melalui penawaran peranti mereka.

Komen