Xiaomi Merancang Untuk Mengeluarkan Paparan Melengkung Permainan Video – 144Hz Dan QHD+

Xiaomi Merancang Untuk Mengeluarkan Paparan Melengkung Permainan Video – 144Hz Dan QHD+

Diterbitkan pada Ogos 7, 2019 oleh .

Dengan perkembangan pesat arena e-sukan, produk berkait dengannya seperti alat kawalan, aksesori audio, paparan, papan kekunci dan banyak lagi – adalah laris dijual. Lebih-lebih lagi jika ia dikeluarkan oleh jenama yang terkenal. Produk-produk memfokuskan permainan video akan memberikan pengalaman bermain yang lebih mengasyikkan dan lebih fokus.

Xiaomi adalah satu syarikat yang telah terlibat dengan permainan video. Contohnya, Mi Gaming Laptop sebagai salah satu produk dalam kategori ini, kemudian tahun ini mereka mula menawarkan aksesori bermain permua untuk Redmi K20 Pro. Laporan terkini memberitahu yang Xiaomi merancang untuk hadir dengan paparan tersendiri pula.

Xiaomi mungkin sedar yang jualan televisyen mereka adalah laris. Jadi untuk menyasarkan para pemain video pula adalah dengan hadir dengan sebuah paparan. Menurut sumber, paparan Xiaomi ini akan menggunakan skrin melengkung 34-inci, resolusi QHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Harga jualan sudah pasti akan dijual pada harga yang sangat mampu milik. Tiada sebarang informasi mengenai bila tarikh yang mereka akan lancarkan dan dijual. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN