Xiaomi Mengemaskini Siri Mi Notebook Pro Mereka Dengan Melancarkan Mi Notebook Pro 2

Xiaomi Mengemaskini Siri Mi Notebook Pro Mereka Dengan Melancarkan Mi Notebook Pro 2

Diterbitkan pada Ogos 6, 2018 oleh .

Kali pertama Xiaomi melancarkan komputer riba siri Pro adalah pada tahun lepas. Ia dijana dengan cip Intel generasi kelapan. Baru-baru ini, Xiaomi mengemaskini siri komputer riba Pro ini dengan melancarkan Mi Notebook Pro 2.

Mi Notebook Pro 2 ditawarkan dalam dua variasi, iaitu i5 dan i7 generasi kelapan, memori 16/8 GB RAM, storan 256 GB SSD dan kad grafik NVIDIA GTX-1050ti Max-Q dengan RAM 4 GB atau NVIDIA GTX-1060 dengan RAM 6 GB. Untuk skrin pula, ia hadir dengan panel FHD 15.6-inci bingkai nipis.

Selain itu, Xiaomi turut memperkenalkan Mi Gaming Laptop baru. Siri komputer riba Mi Gaming pada awalnya diperkenalkan pada bulan Mac lalu. Kini mereka hadir dengan spesifikasi baru. Model kali ini menawarkan spesifikasi yang hampir sama dengan Mi Notebook Pro 2, tetapi dengan konfigurasi storan 256 GB SSD + 1 TB HDD.

Harga yang ditawarkan adalah serendah RMB6,699 (~RM3993) sehingga RMB8,999 (~RM5364) sahaja. Ia mula dijual bermula 16 Ogos kelak dan hanya untuk pasaran China.


TIPS & ULASAN