30 Startup Terpilih Untuk MaGIC Global Accelerator Programme 2019

30 Startup Terpilih Untuk MaGIC Global Accelerator Programme 2019

Diterbitkan pada Ogos 9, 2019 oleh .

Hari ini Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) secara rasminya telah melancarkan program Global Accelerator Programme (GAP) untuk kumpulan ketiga (Cohort 3) yang terdiri daripada 30 startup daripada 9 buah negara termasuklah Malaysia, Rusia, Myanmar, India, Sepanyol dan banyak lagi.

Program GAP ini diadakan bagi membantu syarikat-syarikat startup daripada pebagai bidang perniagaan bagi memperkukuhkan lagi kedudukan dalam industri perniagaan mereka. Mereka telahpun membuka permohonan untuk program ini sejak dari April lepas dan sebanyak 1,170 permohonan telah diterima dari 68 negara seluruh dunia.

Untuk program GAP kumpulan ketiga ini, ia diadakan selama 4 bulan di Kampus MaGIC di Cyberjaya yang mana sepanjang latihan ini, terdapat beberapa aspek pembelajaran yang akan dipelajari. Antaranya adalah mengenalpasti sasaran pasaran dan menghasilkan produk yang tepat sesuai dengan industri sesuatu startup, mengenalpasti dan menghasilkan produk yang berkualiti, membuat persediaan untuk mengembangkan perniagaan ke rantau lain dan juga persediaan untuk Demo Day dan juga permohonan daripada para pelabur.

Sepanjang program ini, MaGIC sendiri akan menyediakan pelbagai kemudahan kepada syarikat syarikat yang terpilih ini dengan modal bernilai lebih USD500,000 daripada pelbagai rakan kongsi program seperti Amazon Web Services, Usability Hub dan banyak lagi. Bukan sahaja modal, MaGIC juga malahan memberi peluang kepada syarikat startup ini untuk mempelajari pelbagai ilmu berkaitan cara pengurusan perniagaan daripada mentor mentor bertaraf dunia mereka, elaun untuk pemasaran dan banyak lagi.

Pada acara pelancaran program GAP ini juga, terdapat beberapa syarikat startup yang merupakan alumni kepada program ini berkongsikan tentang kejayaan mereka dalam industri perniagaan. Antara alumni syarikat startup yang menyertai program hari ini adalah tresGo, Picha Eats, JomParking, Signature Market, dan juga The Decison Labs’ CEMPIA.

Berkongsi lebih lanjut mengenai program ini, CEO MaGIC iaitu Dzuleira Abu Bakar menyatakan yang mana 30 Startup yang terpilih untuk program ini mempunyai kriteria-kriteria yang memiliki kebolehan untuk berkembang secara serantau dan global, potensi produk yang sangat berkualiti dengan potensi pertumbuhan syarikat yang besar dan juga produk siap ataupun produk minimum (MVP / Minimum Viable Product) untuk pasaran dengan daya tarikan unik dan tersendiri.

Jika dilihat berbanding kemasukan program GAP yang terdahulu, tahun ini menyaksikan lebih banyak startup yang bergiat dalam arena B2B ( Business-to-Business) berbanding B2C (Business-to-Consumers). Dzuleira turut menyatakan yang mana pemilihan ini juga sedikit sebanyak memfokuskan kepada startup-startup yang mempunyai potensi dalam memperkembangkan produk mereka dalam arena Revolusi Industri 4.0.

30 startup yang terpilih adalah Aplikasi, AppSally, AppSaya, Baituljannah, ClicknCare, CureSense, CurrenSeek, Ejen2u, Ethnic Brand, FootBot, GA Alliance, Game Houz, GameReady, iFull, KOPPA, LapangBola, MeyoTech, NakRide, Paytomat, Petotum, pickiddo, Prime Commerce, ProcMart, Recyglo, REQA, SlingApp, Stampit, Telebort, Vechnology dan juga WA2DO.

Kesemua startup ini akan mempersembahkan produk akhir mereka untuk mendapatkan pelabur pada November ini.

Layari: MaGIC Global Accelerator Programme


TIPS & ULASAN