Peranti Motorola One Dengan Empat Kamera Digelar One Zoom Dan Tidak Menjalankan Android One

Peranti Motorola One Dengan Empat Kamera Digelar One Zoom Dan Tidak Menjalankan Android One

Diterbitkan pada Ogos 14, 2019 oleh .

Pada bulan April lalu, sebuah peranti Motorola dengan empat kamera telah tertiris. Peranti ini menggunakan susun atur kamera berbentuk matriks dan pada bulan Jun lalu, peranti ini diperkatakan adalah Motorola One Pro.

Namun informasi terbaru memberitahu yang peranti ini bukanlah Motorola One Pro, tetapi Motorola One Zoom. Melalui imej dan maklumat yang diberikan oleh Roland Quandt (peniris terkenal) di Twitter, peranti ini tidak akan menjalankan Android One – tetapi akan menjalankan sistem operasi Motorola tersendiri. Ini adalah kerana salah satu imej yang dikongsi memperlihatkan pembantu digital Amazon Alexa dan bukannya Google Assistant.

Menurut laporan lain, salah satu lensa peranti ini adalah lensa 48MP dan salah satu lensa lain buat peranti ini akan mempunyai sensor dwi-pentsabilan imej optikal. Untuk memori ia menggunakan RAM 4GB dan storan dalaman 128GB berasaskan UFS. Logo Motorola pada bawah kamera pula dikatakan turut akan berfungsi sebagai LED notifikasi. Peranti ini dijangka akan dilancarkan pada acara IFA 2019 kelak.


TIPS & ULASAN