Cari @ Amanz

Dua minggu lalu rekaan panel skrin Vivo NEX 3 telah tertiris. Dengan sisi yang melengkung hampir 90 darjah, rekaan ini diberi nama timangan Waterfall Screen. Pengurus produk NEX, Li Xiang memuat naik imej lakaran peranti ke akaun Weibo beliau semalam yang mengesahkan imej panel yang tertiris sebelum ini adalah asli.

Lakaran di atas menunjukkan peranti mengambil inspirasi dari bentuk air terjun untuk rekaan sisi skrin, gelombang air yang menitis pada permukaan skrin dan muka jam analog untuk susunan tri-kamera pada bahagian belakang peranti.

Jadi pada waktu ini bolehlah dikatakan NEX 3 akan mempunyai skrin sisi yang besar seperti Note 10, penggunaan panel hadapan hampir semua skrin seperti Oppo Reno dan kamera utama dalam konfigurasi bulat seperti Nokia 1020.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd