Cari @ Amanz

Menjadi kebiasaan untuk sesuatu syarikat bergerak kehadapan selepas bersedia dengan teknologi sedia ada. Terkini, dengan pelbagai negara telah memulakan peralihan ke rangkaian 5G, pihak Huawei kini dilaporkan telah memulakan pembangunan dan kajian berkaitan rangkaian generasi seterusnya, iaitu 6G.

Ia dikatakan Huawei telah memulakan kajian berkaitan 6G di pusat kajian Kanada. Walaupun kajian telah mula dilakukan, kita mungkin tidak akan melihat rangkaian ini digunakan sehingga dekad akan datang.

Buat masa ini, pelbagai negara sedang memfokuskan kepada peralihan ke arena 5G. Huawei sendiri menghadapi cabaran, dimana mereka telah disenarai-hitamkan oleh pihak Amerika Syarikat, membuatkan beberapa negara turut tidak mengambil perkhidmatan Huawei untuk pembangunan infrastruktur 5G.

Walaubagaimanapun, masih terdapat pelbagai negara lain yang menggunakan khidmat 5G dalam pembangunan rangkaian, termasuk di rantau Asia Tenggara ini.

Selain Huawei, sebelum ini Samsung telah turut memperkatakan telah memulakan kajian berkaitan rangkaian 6G.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd