Carian
HP
Fon Telinga HP Omen Mindframe Prime Dengan Sistem Penyejukan Aktif Dilancarkan
August 21, 2019 Effi Saharudin

Tahun lalu fon telinga HP Omen Mindframe dilancarkan dengan sistem penyejukan bagi memastikan keselesaan ketika sesi permainan video yang panjang. Di Gamescon hari ini mereka mengumumkan pula HP Omen Mindframe Prime dengan sistem penyejukan aktif.

Dari segi rekaan tiada perubahan ketara dapat dilihat di antara kedua-dua model. Penambahbaikan dilakukan pada komponen dalaman sistem penyejukan aktif termoelektrik FrostCap yang menyejukkan speaker berhampiran telinga pemakai. Span pada telinga pula mempunyai lapisan gentian karbon yang mengalirkan haba dari kulit berjauhan dari pemakai secara pasif.

Sistem audio 7.1 Surround disokong menerusi sambungan USB-A dan mikrofon yang disertakan mempunyai sistem pembatalan hingar aktif yang menapis bunyi ketika berbual di dalam permainan. Akhir sekali sistem lampu LED RGB terbina pada sisi fon kepala yang dikawal menerusi perisian OMEN Command Center. Harga jualan HP Omen Mindframe Prime ialah €199.99 (~RM926) sepasang.

Komen