Cari @ Amanz

Apple bakal mengadakan acara tahunan mereka untuk pengenalan peranti-peranti baru pada bulan September kelak. Pada acara berkenaan, selain daripada pengenalan iPhone 11 yang baru, Apple juga turut dijangka memperkenalkan kemaskini untuk jam tangan pintar mereka.

Terkini, melalui fail pembangunan watchOS 6 Beta, ia turut memberikan petanda yang mana Apple akan menambah variasi jam tangan pintar dengan kemasan berasaskan seramik dan juga titanium.

Sebelum ini, Apple sedia hadir dengan Apple Watch menggunakan kemasan seramik pada Apple Watch Series 2 dan juga Series 3. Manakal untuk variasi kemasan berasaskan titanium pula, ia akan menjadi kali pertama Apple memperkenalkannya pada Apple Watch.

Seperti biasa, buat masa ini ia hanya sekadar desas-desus berasaskan kepada fail pembangunan sahaja. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran Apple Watch baru ini pada acara iPhone 11 yang dijangka diadakan pada 11 September kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd