Biayasama Jam Tangan Pintar Modular ‘Blocks’ Dibatalkan

Biayasama Jam Tangan Pintar Modular ‘Blocks’ Dibatalkan

Diterbitkan pada Ogos 19, 2019 oleh .

Empat tahun lalu, satu kempen biayasama untuk jam tangan pintar  modular dilancarkan di Kickstarter. Hanya beberapa hari yang lepas, projek ini terpaksa dibatalkan dan produknya tidak dapat dihantar kepada pelanggan.

Jam tangan pintar modular ini adalah satu peranti boleh pakai yang sangat unik dan menarik perhatian ramai. Disebabkan kerugian yang teruk, projek ini terpaksa dibatalkan dan jam yang sepatutnya dihantar kepada pelanggan sejak tahun 2016, tidak berjaya dilakukan. Semangat pihak ‘Blocks’ adalah sehingga mereka hadir dengan sistem operasi tersendiri pada tahun lepas, bagi merealisasikan projek ini. Namun, syarikat di sebalik sistem operasi mereka telah diambil oleh oleh syarikat lain.

Nampaknya projek ‘Blocks’ ini terkubur sepertimana projek peranti pintar modular oleh Google – Project Ara. Realitinya, sebuah peranti modular masih jauh lagi untuk menjadi realiti. Mungkin di masa hadapan kelak, kita boleh lihat peranti modular ini menjadi realiti.



TIPS & ULASAN