Carian
Ini Ialah Senarai Peranti Yang Boleh Menstrim Kandungan Disney+ Apabila Dilancarkan Kelak
August 19, 2019 Effi Saharudin

Perkhidmatan penstriman video Disney+ akan memulakan operasi pada November hadapan di Amerika Utara dan Belanda terlebih dahulu. Ia adalah saingan terdekat kepada Neftlix yang selama ini mendominasi pasaran penstriman video berbayar. Pihak Disney+ hari ini mengumumkan senarai peranti yang boleh menggunakan perkhidmatan mereka 12 November ini.

Seperti yang dijangka kesemua peranti Android, Android TV, tvOS,iOS dan iPad OS disokong sepenuhnya. Kandungan juga boleh dilontar kepada Chromecast dan Roku atau diakses menggunakan pelayar web. Hanya konsol PlayStation 4 dan Xbox One akan disokong dan aneh sekali tiada sokongan untuk Switch.

Selepas Amerika Utara dan Belanda, Disney+ akan ditawarkan pula kepada pengguna di Australia dan New Zealand sebelum penghujung 2019. Perkhidmatan ini kemudiannya akan ditawarkan ke peringkat global secara berperingkat dalam masa dua tahun.

Komen