Cari @ Amanz

Tahun ini ialah tahun penstriman dengan Disney dan Apple akan melancarkan perkhidmatan mereka dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Disney+ akan mula beroperasi pada bulan November dengan bayaran langgana bermula dari $6.99 (~RM28) sebulan. Menurut laporan Bloomberg pagi ini, Apple TV+ juga akan dilancarkan pada bulan yang sama dengan bayaran langganan bermula dari $9.99 (~RM40) sebulan.

Turut dilaporkan ialah Apple TV+ akan menawarkan langganan percuma sebulan. Tidak seperti Netflix yang melancarkan kesemua episod siri mereka serentak, Apple TV mungkin hanya akan menawarkan tiga episod pertama sahaja sebelum episod baharu diberikan setiap minggu.

Menurut laporan Financial Times pula, Apple bakal membelanjakan $6 bilion (~RM24 bilion) tahun hadapan untuk menghasilkan kandungan asli. Setakat ini antara yang telah diumumkan ialah siri The Morning Show, See dan Amazing Stories dengan barisan pelakon seperti Jennifer Aniston. Jason Momoa serta sentuhan Steven Spielberg.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd