Cari @ Amanz

GAP 2019 – Program Pemecut Startup Yang Menekankan Revolusi Industri 4.0

Link Copied!

Gelombang teknologi baru, iaitu Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) merupakan kesinambungan versi ketiga dalam peningkatan automasi, pertukaran data, kecerdasan buatan, perkomputeran awan, peranti berhubung (IoT) dan sebagainya. Dengan kewujudan revolusi industri ini, ia dijangka dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang mana ia sedikit sebanyak akan mengubah keperluan dunia pekerjaan akan datang dalam sesebuah industri.

Jadi, bagi memanfaatkan sepenuhnya inovasi teknologi dalam rangka kerja ekonomi Malaysia, Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) sebagai penganjur kepada Global Accelerator Programme (GAP) 2019 telah menekankan IR 4.0 ini dalam program keusahawanan mereka. Antara syarikat startup yang menyertai program ini adalah Petotum, SlingApp dan juga ClicknCare.

Pengenalan Syarikat Startup

Petotum merupakan servis perhotelan untuk haiwan peliharaan di Malaysia yang lengkap dengan sistem pengurusan penempahan untuk peliharaan mereka. Pada asalnya ia bermula daripada perniagaan kecil yang dikenali sebagai Meowclass pada tahun 2017. Ia merupakan servis perhotelan untuk kucing sahaja. Selepas perkhidmatan Meowclass dilihat telah mendapat sambutan, mereka telah melebarkan sayap dengan membuka Petotum yang merupakan servis yang hampir sama. Tetapi kali ini skop perniagaannya adalah lebih besar iaitu tidak hanya terhad kepada sesuatu haiwan peliharaan sahaja.

SlingApp pula merupakan satu aplikasi mencari kerja dimana pengguna hanya perlu menatal ke kanan sekiranya berminat dan menatal ke kiri sekiranya ingin melangkau melihat pekerjaan yang lebih baik. Dikenali sebagai “Tinder untuk pekerjaan”, aplikasi SlingApp ini diinspirasikan apabila mereka melihat proses mencari kerja adalah sangat rumit. Ia mungkin disebabkan oleh pendedahan pembukaan kerja yang tidak mencukupi dan proses permohonan kerja yang lama. Jadi, dengan membangunkan aplikasi mencari pekerjaan SlingApp ini, ia memudahkan dan menjimatkan masa seseorang untuk mencari pekerjaan sesuai dengan kelayakkan mereka.

ClicknCare merupakan servis klinik dalam bentuk maya bagi para pekerja asing untuk berunding tentang kesihatan mereka. Rundingan kesihatan tersebut akan dijalankan bersama doktor yang boleh berkomunikasi dalam bahasa mereka sendiri. Jadi, bagi pekerja asing yang mempunyai masalah kesihatan, mereka hanya perlu membeli kad dan menambah nilai kad tersebut melalui ejen atau kedai kedai yang bekerjasama dengan ClicknCare. Kemudian, rundingan akan dijalankan terus melalui aplikasi ClicknCare. Segala arahan dan nasihat daripada doktor berkenaan pembelian ubat seterusnya akan disalurkan kepada farmasi atau klinik yang bekerjasama dengan aplikasi mereka ini.

Bagaimana Ketiga-tiga Syarikat Startup Ini Mengaplikasikan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) Dalam Perniagaan Mereka?

Bagi Petotum sendiri, pihak mereka menerapkan IR 4.0 ini dengan cara memusatkan kesemua data berkenaan pencarian hotel untuk haiwan peliharaan di Petotum. Melalui Petotum, pengguna hanya perlu memilih hotel haiwan peliharaan yang berminat, dan membuat tempahan menerusi laman web mereka.

Bagi SlingApp pula, aplikasi ini mengintegrasikan Applicant Tracking System (ATS), Auto-Interviu™ dan juga pengiklanan kerja di dalam satu platform yang sama. Proses proses di dalam aplikasi ini dilihat sangat selari dengan Revolusi Industri 4.0 dimana proses permohonan dan padanan kerja dapat dilakukan secara automatik, sekaligus menjimatkan masa dan mengurangkan kesilapan majikan dalam proses pemilihan pekerja sesuai dengan keperluan syarikat mereka.

ClicknCare pula mengaplikasikan Revolusi Industri 4.0 ini melalui industri Telemedicine mereka, dimana pekerja asing boleh membuat rundingan kesihatan dengan doktor yang boleh berkomunikasi dalam bahasa mereka sendiri secara maya. Kesemua pekerja asing samaada telah direkodkan data peribadi mereka ataupun tidak, boleh menggunakan aplikasi ini melalui peranti pintar mereka dengan sambungan internet.

Secara ringkas, ketiga-tiga syarikat startup ini mempunyai potensi besar di dalam Revolusi Industri 4.0. Hal ini kerana ketiga-tiga syarikat startup ini telah mengubah cara sesuatu pekerjaan, mempunyai proses pemencaran (decentralization) data, mempunyai proses pertukaran data serta melibatkan peranti berhubung (IoT).

Bagaimana Global Accelerator Programme (GAP) Membantu Ketiga-tiga Syarikat Startup Ini?

Apabila bertanyakan tentang apa yang mendorong ketiga tiga startup ini untuk menyertai program GAP tahun ini, pihak mereka merasakan program GAP ini sangat membantu kerana ia merupakan program pemaju yang bereputasi tinggi di Malaysia kerana membuka peluang yang besar untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan mentor dan pakar di dalam sesebuah industri, hubungan yang kuat dengan bakal pelabur, rakan kongsi dan juga pengguna.

Hasil Daripada Program GAP 2019, Dimana Syarikat-syarikat Startup Ini Berada Di Dalam Industri Dalam 5 Tahun Akan Datang?

Bagi Petotum sendiri, pihak mereka berpendapat bahawa syarikat startup mereka bakal menjadi antara yang terbesar dalam industri perhotelan haiwan peliharaan di Asia termasuklah di Indonesia, Singapura dan Thailand.

SlingApp pula menyasarkan bahawa aplikasi pencarian kerja mereka akan digunakan secara meluas sekurang kurangnya di 8 negara di Asia Tenggara dalam masa 3 tahun akan datang dan 15 negara dalam masa 5 tahun dengan sistem aplikasi pencarian kerja automatik yang sudah matang.

ClicknCare pula ingin dikenali sebagai Uber of Health dalam masa 5 tahun akan datang dimana semua penduduk di Malaysia boleh menggunakan aplikasi mereka untuk mendapatkan rundingan kesihatan dengan doktor yang boleh berkomunikasi dalam bahasa pilihan mereka sendiri. Mereka ingin menjadi peneraju yang terbaik dalam memberikan servis kesihatan kepada semua pekerja asing tanpa mengira dimana sahaja mereka berada sesuai dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu ingin memberikan servis kesihatan kepada semua (Health for All).

Penafian: Advertorial Daripada MaGIC


Komen ()