Realme 5 Dilancarkan Dengan Snapdragon 665, Empat Kamera Belakang, Bateri 5000mAh

Realme 5 Dilancarkan Dengan Snapdragon 665, Empat Kamera Belakang, Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Ogos 20, 2019 oleh .

Bersama-sama pengenalan telefon pintar Realme 5 Pro, pihak Realme turut telah melancarkan satu lagi telefon pintar baru, iaitu Realme 5. Ia hadir dengan rekaan yang lebih kurang sama seperti Realme 5 Pro, tetapi dengan sedikit perbezaan pada penawaran spesifikasi.

Realme 5 Pro hadir dengan skrin 6.5-inci dengan menggunakan rekaan skrin bertakuk kecil, dan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 665. Cip ini hadir dengan binaan rekaan 11nm menggunakan CPU Kyro 260.

Melengkapkan Realme 5 adalah empat kamera belakang yang menawarkan kamera lebih kurang sama dengan sensor ultra-lebar, kamera utama 12MP, lensa potrait dan juga lensa makro.

Realme 5

Realme 5

Realme turut mengatakan siri telefon Realme 5 hadir dengan sokongan kalis percikkan air – sekaligus memudahkan anda kekal menggunakannya tanpa risau ketika hujan renyai dan sebagainya.

Melengkapkan peranti ini juga adalah bateri berkapasiti 5000mAh.

Menjana Realme 5 adalah Color OS 6 yang menyertakan beberapa ciri baru, termasuk dinamakan Real Privacy yang menyembunyikan aplikasi melaluinya, selain sokongan Hotspot Management yang memudahkan anda mengawal kelajuan untuk peranti yang berhubung ke peranti anda.

Realme akan menjual Realme 5 di India pada harga bermula Rs9,999, iaitu sekitar RM583. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar Realme 5 ini akan dipasarkan di luar India.


TIPS & ULASAN