Tahun lepas, Firefox telah hadir dengan satu fungsi untuk memudahkan pengguna ketahui apabila kata laluan mereka tertiris. Fungsi ini digelar sebagai Firefox Monitor. Keberkesanan fungsi ini membuatkan Google turut hadir dengan fungsi yang sama. Baru-baru ini pada Chrome Canary, terdapat satu fungsi baru yang Google sedang uji. Ia dinamakan sebagai ‘Password leak detection‘.
Fungsi ini akan memberitahu pengguna jika kata laluan mereka telah tertiris di arena web ataupun tidak. Google menggunakan data-data tertiris awam dan menyemak sama ada, kata laluan pengguna mempunyai persamaan atau tidak dengan kata laluan yang pernah tertiris atau tidak selamat. Jika kata laluan itu tidak selamat, akan terdapat tetingkap pop-naik muncul memberitahu pengguna untuk menukar kata laluan.
Fungsi ini masih lagi dalam ujian. Untuk mengaktifkannya pengguna perlu akses chrome://flags dan cari ‘leak’ dan kemudian aktifkannya. Perlu diingatkan bahawa fungsi ini masih lagi dalam ujian dan tidak selalu ia berfungsi dengan baik. Kemudian ia hanya berfungsi kepada pengguna yang log masuk ke akaun Google sahaja.