Google Menambah ‘Focus mode’ Pada Digital Wellbeing Untuk Pengguna Lebih Fokus Ke Dunia Realiti

Google Menambah ‘Focus mode’ Pada Digital Wellbeing Untuk Pengguna Lebih Fokus Ke Dunia Realiti

Diterbitkan pada Ogos 22, 2019 oleh .

Digital Wellbeing adalah aplikasi sistem yang terbina pada peranti-peranti Pixel dan banyak peranti Android lain. Ia adalah aplikasi untuk membantu pengguna fokus dengan kehidupan sebenar dan tidak membuang masa dengan peranti pintar. Antara fungsi baru pada Digital Wellbeing adalah menjeda laman web yang mana fungsi ini diintegrasi pada aplikasi Chrome. Terkini, Google menambah satu fungsi baharu yang diberi nama ‘Focus mode‘.

Ia sedikit berbeza dengan aplikasi yang dijeda selepas pengguna menetapkan had masa pada sesuatu aplikasi. Ia lebih kepada aplikasi yang pengguna ‘tidak boleh hidup‘ jika tidak menggunakan aplikasi tersebut. Dengan mengaktifkan ‘Focus mode’, pengguna langsung tidak boleh membuka aplikasi tersebut sehinggalah ia dimatikan. Ia boleh dikatakan seperti fungsi ‘Zen mode’ yang OnePlus kenalkan – cuma versi Google adalah lebih ringan.

Fungsi ini juga dilihat seperti fungsi Family Link untuk ibu bapa mengawal peranti anak-anak. Tetapi ‘Focus mode’ ini pengguna yang mempunyai kawalan penuh. Untuk mendisiplinkan diri, pengguna perlu bertahan daripada ketagihan menggunakan sesuatu aplikasi dan berehat seketika. Fungsi ini dilihat hanya hadir pada peranti-peranti yang menjalankan Android Q dan menggunakan aplikasi Digital Wellbeing versi beta.

Muat Turun Digital Wellbeing Di Sini


TIPS & ULASAN