Acara IFA 2019 akan diadakan pada bulan hadapan dan tarikhnya sudah semakin hampir. Banyak pengeluar peranti akan menyertai acara ini bagi melancarkan, mengumumkan atau memperkenalkan produk-produk baharu. Salah satu pengeluar yang disahkan akan hadir adalah Nokia.
Brand new members of our Nokia mobile family coming soon on stage in Berlin. Only 15 days to go! #IFA19 #NokiamobileLive pic.twitter.com/fJ1YtBrQr2
— Nokia Mobile (@NokiaMobile) August 21, 2019
Pada 5 September 2019, Nokia akan memperkenalkan produk baharu. Hari ini mereka telah pun mengicau satu video acah yang memperlihatkan pelbagai barisan telefon pintar mereka yang telah pun dilancarkan. Produk apa yang Nokia ingin lancarkan masih tidak pasti.
Nokia mungkin akan memperkenalkan peranti seperti telefon bimbit yang menjalankan sistem Android nirsentuh atau edisi baharu Nokia 7.2. Sama-sama kita nantikan pengumuman Nokia pada 5 September ini.