Cari @ Amanz

Tahun lalu data data 60,000 pelanggan Astro yang meliputi data seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan jantina telah tertiris ke arena web. Hari ini Astro telah mengeluarkan notis mengatakan sekali lagi data pelanggan mereka telah diakses tanpa kebenaran oleh pihak ketiga.

Seperti insiden pertama, data yang diakses adalah dalam bentuk nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan jantina. Menurut Astro lagi kurang 0.2% pelanggan terjejas dalam insiden ini dan mereka akan dimaklumkan kelak. Tiada maklumat kewangan telah tertiris.

Astro juga telah memaklumkan pihak polis, SKMM dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi di samping bekerjasama dengan pihak berwajib untuk menangani isu ini. Akhir sekali Astro menyesali kesemua kesulitan yang mungkin timbul ke atas pelanggan.

Sumber : Astro menerusi LowYat.Net

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd