Ura-ura iPhone akan akhirnya mempunyai sokongan stylus seperti Galaxy Note mula kami dengari tiga tahun yang lalu. Beberapa paten yang difailkan Apple juga telahpun tertiris. Tetapi hari ini kerangka untuk iPhone 11 yang dihasilkan oleh Olixar telah tertiris menunjukkan tempat simpanan khas untuk Apple Pencil yang lebih pendek
Ini mungkin petanda paling awal iPhone 11 dengan sokongan stylus setanding dengan yang ditemui pada iPad Pro akan akhirnya menjadi realiti. Olixar mempunyai reputasi yang baik kerana sebelum ini kerangka yang tertiris awal mengesahkan rekaan beberapa peranti yang belum dilancarkan. Persoalannya ialah jika benar iPhone akhirnya menyokong stylus, apakah perasaan Steve Jobs sekiranya beliau masih hidup?