Xiaomi Mi MIX adalah siri telefon pintar Xiaomi yang bermula hanya sebagai satu prototaip. Akhirnya peranti ini dijadikan sebagai produk sebenar dan telah pun mempunyai sehingga 5 jenis iaitu, Mi MIX, Mi MIX 2, Mi MIX 2S, Mi MIX 3 dan juga Mi MIX 3 5G. Xiaomi dijangka akan melancarkan Mi MIX 4 pada tahun ini.
#mimix4
Hot news.
According to last information upcoming Mi MIX 4 could have new name.#Xiaomi can no longer use the MIX trademark (the administrative judgment of Xiaomi Technology Co., Ltd. and the State Intellectual Property Office of China's adjudication paper network) pic.twitter.com/X2Vx4thyN9— Xiaomishka (@xiaomishka) August 21, 2019
Duka cita dimaklumkan yang Xiaomi mungkin tidak lagi dibenarkan untuk menggunakan nama ‘MIX’ pada peranti-peranti mereka. Ini adalah kerana, ada syarikat yang turut mempunyai nama ‘MIX’ telah memfailkan saman terhadap Xiaomi. Syarikat ini telah menggunakan nama ‘MIX’ sejak tahun 2014 lagi, manakala Xiaomi hanya mula menggunakan nama ‘MIX’ pada tahun 2016. Isu ini sebenarnya telah bangkit sejak bulan Mac lagi, tetapi Xiaomi tidak hiraukan langsung hal ini. Oleh yang demikian, satu panel khas telah diwujudkan dan isu ini dibangkitkan semula.
Xiaomi masih tidak memberikan maklum balas lagi berkaitan dengan hal ini, jadi tidak pasti lagi apakah keputusan akhir. Jika Xiaomi boleh membuat perjanjian dengan syarikat tersebut, nama ‘MIX’ mungkin boleh terus digunakan – tetapi jika tidak mungkin isu seperti OnePlus Dash Charging akan berlaku.