IKEA Kini Menggunakan Muka Taip Noto Menggantikan Verdana

IKEA Kini Menggunakan Muka Taip Noto Menggantikan Verdana

Diterbitkan pada Ogos 25, 2019 oleh .

Sekitar sedekad yang lalu IKEA mula menggunakan muka taip Verdana menggantikan Futura. Keputusan mereka ini dianggap kontroversi kerana Futura adalah muka taip yang amat sinonim dengan gedung perambut ini selama lima dekad. Bagi mereka yang tidak menggemari muka taip Verdana, IKEA telah menggantikannya pula dengan muka taip Noto.

Noto ialah muka taip yang direka oleh Monotype dan Google bagi memudahkan ia dibaca pada skrin peranti. Ia adalah muka taip yang dikatakan paling sarwajagat pernah dihasilkan kerana boleh digunakan untuk 800 bahasa di dunia. Memandangkan IKEA mempunyai rangkaian 422 kedai di muka bumi, penggunaan muka taip yang sarwajagat akan memudahkan proses menghasilkan katalog serta promosi produk.

Muka taip Noto telah dilancarkan pada tahun 2016. Namanya datang dari No Tofu, dengan Tofu ialah terma yang diberikan kepada kotak yang dipaparkan oleh komputer apabila ia tidak mengenali glpyh yang digunakan. Muka taip Tofu ini akan dapat dilihat pertama kami di dalam katalog IKEA 2020 yang akan dilancarkan September ini.


TIPS & ULASAN